Saturday 12 May 2012

Human Nature

Assalamualaikum.

Human nature. Yes. Human Nature ataupun dalam bahasa melayunye aku pun tak tau nak translate macam mana. Fitrah manusia la kot kalau boleh pon aku nak translate kan.
Tadi aku ada baca blog seorang budak yang baru berusia emm kurang lebih 18 tahun. Masa 18 tahun ni aku rasa aku la paling hingusan sekali, aku la paling tak tinggi ilmu and aku lah orang yang takut-takut nak buka pintu kalau ada orang bagi salam kat luar rumah. Ehem. Tapi pada pengamatan aku yang macam tua tak tua, muda tak muda ni kan, budak yang berusia 18 tahun mampu mengolah tulisan mereka sendiri dengan cara aku sendiri tak jangka. Tahap kematangan mereka sudah tak sama lagi dengan tahap kematangan aku. Mungkin. Tapi bukan itu perkara yang aku nak ulas. Eheh. Ustaz-ustaz kata mukaddimah. Tak bley blah.

Yang aku nak tulis sebenarnya perkara lain. Aku nak cakap pasal fitrah manusia la. Fitrah manusia ni semua orang dah tau sukakan kebaikan. Ahah. Berhenti di situ. Tak kurang juga aku. Nak juga pada kebaikan. Nak juga suami baik. Eh. Aku manusia biasa yang biasa-biasa la..Yang korang ada, aku ada la kan. Alhamdulillah pada Allah Maha Kuasa, aku tak memiliki kecacatan anggota.. Get to the point please. Ok sorry. Aku rasa jelous sebenarnya pada orang yang boleh retain mereka punya keimanan. Macam aku, Alhamdulillah semasa berada di kampus dan berada di kalangan orang yang ke arah kebaikan, aku turut sama merasakan kemanisan tersebut. Alhamdulillah. Jadi, semasa aku bercuti ini, aku tak tau dan tak pasti cara-cara nak "retain"kan keimanan aku. Dulu aku ada sahabat-sahabat yang mengingatkan. Alhamdulillah, aku ada surau untuk aku terus aktif berjemaah. Benarlah kata-kata setengah orang, jika kita tidak mencari tarbiyyah, maka kita akan terus ditarbiyyah oleh jahiliyyah yang mendepakan tangannya ke arah manusia. Dan aku tak terkecuali.

Bukanlah aku membuka pekung di dada, kerana Allah tidak menyukai hanbaNya yang membuka kesalahannya kepada manusia lainnya, tapi ini adalah coretan supaya orang-orang lain tidak merasakan peritnya ditinggalkan dakwah. Jadi, untuk itu, aku terus berusaha, berusaha untuk menaikkan keimanan diri aku yang aku rasakan sudah semakin luntur, macam clorox meluntur baju sekolahku dulu. Kalau tarbiyyah Islamiyyah adalah Clorox untuk baju putih yang menjadikan baju tersebut semakin putih, maka "tarbiyyah jahiliyyah" adalah Clorox yang melunturkan pakaian yang berwarna-warni menjadi kusam dan tiada serinya. Paham-pahamlah sendiri. Sekian, doakan aku untuk terus istiqamah untuk maintain keimanan aku.Yosh!! Wallahua'lam. To be bad or worse, you choose, To be good or better, You lead the way.

Further readings:
Tips untuk berhenti lagha dan maksiat
Tenaga Yang Terganggu

No comments:

Post a Comment