Sunday, 6 May 2012

I Need Motivation

Assalamualaikum..

Aku adalah seorang yang sangat senang untuk rasa demotivated. Kenapa? Entah, aku pun tak tau..Padahal aku adalah pengikut tegar usrah dan seperti yang orang ramai tau, usrah ini adalah medan pada orang yang suka untuk memotivasikan diri sendiri dan orang lain. Bila aku tengok sahabat-sahabat seusrah, hatta adik-adik punya blog sekalipun, MasyaAllah, aku sampai putus asa nak tulis blog. Ironi. Tapi aku tulis juga blog. Booo.

Hakikatnya, manusia ini memang memerlukan motivasi pun dan aku tak salahkan diri aku kerana sering rasa demotivated. Dalam buku yang aku pernah baca, Encouragement Changes Everything by John C. Maxwell, Truett Cathey cakap "How do you identify someone who needs encouragement? That person is breathing" and yeah I am still breathing Alhamdulillah and that means, I really need motivation right here right now. Untuk tulis blog ni pun, aku terpaksa bertarung dengan diri sendiri yang tidak ada bakat menulis yang awesome seperti Hlovate ataupun Hilal Asyraf, tapi untuk memperbaiki diri aku sendiri, I came up with this idea walaupun aku tau, macam takde orang yang akan baca kan. Aku anggap ini adalah sebagai token untuk aku dalam pelayaran dah habis belajar ini.

Aku sebenarnya tengah bersedia untuk menghadiri satu kursus yang akan diadakan tak lama lagi. Mahupun begitu, aku mesti membuat pembacaan wajib yang memerlukan diri aku menghempas pulas tulang empat kerat ini untuk menghabiskan pembacaan tersebut. Tak cukup dengan itu, aku di'mesti'kan untuk membuat assignment selaras dengan persediaan menghadiri kursus. Jadi, aku memerlukan motivasi untuk membaca dan mengarang essay aku dengan sebaik mungkin. Ya, kerana aku kekurangan motivasi, maka dengan itulah aku telah membuang masa yang sepatutnya aku hargai. =.=

Jawapannya.
Kerana aku leka. Kerana aku lupa. Kerana aku alpa.
Ya, betul.Jawapan diatas semuanya benar dan tidak tipu.
Aku lupa bahawa Allah swt telah turunkan mukjizat yang aging kepada sekalian manusia untuk rujukan dan sejurus itulah aku yang terlupa dan tersesat seketika ini gagal untuk membuat muhasabah atas apa yang aku perbuat. Maka besarlah murka Allah.
Di dalam Al-Quran sendiri ada dinyatakan selok-belok motivasi dan bagaimana untuk memperoleh sesuatu dengan berbuat sesuatu. Jika kita buka Surah As-Soff, banyak pengajaran mengenai motivasi boleh kita dapat. Mungkin tidak bertepatan setepat-tepatnya mengenai motivasi, tapi jika kita renungkan, ia boleh membantu.
Buka tafsir Surah As-Saff ayat 10-11, maksudnya:
[10]
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
[11]
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). 


Motivasinya ialah: Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang (menguntungkan) yang boleh selamatkan kamu dari azab seksa. Ini adalah pernyataan 'offer'. Offer adalah satu motivasi. Yeah, contoh. kalau kamu dapat tawaran belajar kat oversea, itu kan satu motivasi. Kan? Kan?


 Jadi ayat kesebelas merupakan jawapan kepada bagaimana kamu nak mencapai sesuatu offer tersebut. Betul? Kalau dah dapat offer, mesti kena interview kan?Maka, kamu kena bersedia dengan wang ringgit, tambang bas nak ke tempat interview, duit makan bla...bla...nak beli komik sementara dalam bas..bla...bla...Macam-macam kena buat. Macam tu la perumpamaan dia. Walaupun macam tak kool sangat kan. Tak pela. Novice kan. Biasalah tu.


Waa.panjangnya entry ini. Rasa-rasanya aku pun dah tau nak buat apa kan. Jadi, untuk catchprase aku
Good or Better, Bad or Worse, You Choose.

No comments:

Post a Comment